ALU-ALUAN KETUA JABATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terlebih dahulu saya bagi pihak Jabatan Sains Matematik ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan kerana membenarkan kami membina dan melancarkan Laman Web Jabatan Sains Matematik.

Usaha untuk mewujudkan laman web ini telah dimulakan secara aktif semenjak awal semester tahun 2010 dan ucapan terima kasih ditujukan kepada webmaster jabatan yang telah berusaha menambah baik laman web ini.

Pembinaan laman web yang baharu ini membolehkan Jabatan Sains Matematik memuat naik maklumat terkini mengenai aktiviti jabatan, pelaksanaan kurikulum dan juga aktiviti-aktiviti yang kami laksanakan dengan lebih cekap dan sistematik.

Menerusi laman web jabatan ini, diharapkan pengguna akan lebih mudah mendapatkan maklumat rasmi dan terkini mengenai Jabatan Sains Matematik, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Terima kasih.

HAJAH SARUVARI BT BADRU DUJA KHAN
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Matematik