MAKLUMAT JABATAN

Pengenalan

Jabatan Matematik dan Sains (JMS) ditubuhkan pada tahun 2019 demi memenuhi kehendak penstrukturan semula IPG Kampus Darulaman(IPGKDA). JMS merupakan wahana IPGKDA untuk mengendalikan kursus berkaitan bidang Matematik dan Sains untuk  Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP). Kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP pada tahun 2019 ialah Kursus Generik Statistik Asas (GSA1072), Kursus Tumpuan Matematik Asas (MTZ1024) dan Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik (SCZ1064) bagi Program Bimbingan dan Kaunseling. Manakala bagi program PISMP kursus yang ditawarkan pada tahun 2019 ialah Kursus Teras Matematik dan Sains, Kursus Elektif Matematik dan Kursus Elektif Terbuka, iaitu Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013). JMS terdiri dari dua unit, iaitu Unit Matematik dan Unit Sains. Matlamat utama JMS adalah untuk melatih dan melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran berkesan  yang berkaitan dengan bidang Matematik dan Sains sekolah rendah. Dengan perkembangan dan kemajuan dunia yang semakin pesat, JMS perlu menyediakan diri untuk melahirkan insan guru yang betul-betul kompeten sesuai dengan keperluan Pendidikan Abad Ke-21 (PAK 21). JMS akan terus komited dalam membangunkan tahap profesionalisme dan budaya kerja cemerlang ahli-ahlinya.

Fungsi Jabatan

  • Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan  Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Rendah
  • Melaksanakan kurikulum Asas Statistik bagi semua ambilan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) dengan kepujian
  • Melaksanakan kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian Matematik Pendidikan Rendah dan Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan kepujian Sains Pendidikan Rendah selama empat tahun
  • Mengendalikan kursus berkaitan dengan Matematik dan Sains dalam Pendidikan yang dianjurkan oleh Unit Latihan Dalam Perkhidmatan (ULDP)
  • Melaksanakan pelan strategik jabatan sesuai dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Pelan Transformasi IPG 2016-2025 dan Pelan Strategik IPGK Darulaman 2017-2019
  • Membimbing dan membantu pelajar semasa praktikum, menyempurnakan kerja kursus dan kajian penyelidikan
  • Menguruskan kemudahan bagi empat Makmal Sains serta Studio Sains