PISMP SAINS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) SAINS

PENGENALAN

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

PLO adalah pernyataan yang menjelaskan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program ini mempunyai sembilan (9) PLO yang merangkumi sembilan (9) domain hasil pembelajaran KPM.

PLO 1

Menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan teori dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Sains.

PLO 2

Mempamerkan kemahiran praktik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang Sains bagi membina pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

PLO 3

Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik, dan pemikiran kreatif dalam bidang keguruan.

PLO 4

Mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bekerjasama secara efektif dengan pelbagai pihak dalam konteks global, ekonomi, persekitaran dan komuniti.

PLO 5

Mempunyai keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan.

PLO 6

Mempunyai kebolehan mengurus maklumat dan mempunyai jangkaan tentang keperluan dan kapasiti untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

PLO 7

Mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta bertindak balas kepada keperluan perubahan semasa.

PLO 8

Mengamalkan nilai profesionalisme, sikap dan etika dalam profesion keguruan.

PLO 9

Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan keterampilan sebagai agen perubahan dalam bidang keguruan.

AGIHAN KESELURUHAN KURSUS MENGIKUT KOMPONEN

Agihan kursus mengikut komponen semester adalah seperti yang berikut:

KOMPONEN

KURSUS

KREDIT

Kursus IPG (16 Kredit)

1

English Language Proficency

2

2

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

2

3

Kokurikulum

6

4

Pendidikan Islam/ Pengenalan kepada Pendidikan Moral

2

5

Bina Insan Guru (BIG)

2

6

Hubungan Etnik

2

Kursus Asas Pendidikan (24 Kredit)

1

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

3

2

Perkembangan Kanak-kanak

3

3

Murid dan Pembelajaran

3

4

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

3

5

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

3

6

Pentaksiran dalam Pendidikan

3

7

Budaya dan Pembelajaran

3

8

Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru

3


KOMPONEN

KURSUS

KREDIT

Kursus Teras (48 Kredit)

1

Fisiologi dan Epidemiologi

3

2

Kimia Bukan Organik

3

3

Bumi dan Angkasa Lepas

3

4

Kepelbagaian Biologi

3

5

Seni dalam Pendidikan

2

6

Pengajian Kurikulum Sains Sekolah Rendah

3

7

Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains

3

8

Mekanik dan Termodinamik

3

9

Pengajaran Sains Abad 21

3

10

Biologi Persekitaran

3

11

Gelombang, Optik dan Keelektrikan

3

12

Kimia Organik

3

13

Pendidikan Inklusif

2

14

Asas Penyelidikan dalam Pendidikan

3

15

Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2

16

Kimia Fizikal

3

17

Penyelidikan dalam Pendidikan – Kertas Projek

3

Kursus Amalan Profesional

(16 Kredit)

1

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

2

2

Praktikum 1

6

3

Praktikum 2

6

4

Internship

2

5

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)*

*Tugasan PBS dijalankan selama 3 minggu dan disandarkan dengan kursus Teras, kursus Asas Pendidikan, dan Elektif Teras.


KOMPONEN

KURSUS

KREDIT

Kursus Elektif Teras

(20 Kredit)

1

Rujuk Lampiran 1

3

2

Rujuk Lampiran 1

3

3

Rujuk Lampiran 1

3

4

Rujuk Lampiran 1

3

5

Rujuk Lampiran 1

3

6

Rujuk Lampiran 1

3

7

Rujuk Lampiran 1

2

Kursus Elektif Terbuka

(9 Kredit)

1

Rujuk Lampiran 2

3

2

Rujuk Lampiran 2

3

3

Rujuk Lampiran 2

3

JUMLAH

133

STRUKTUR KURSUS MENGIKUT SEMESTER

Bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Rendah (Sains Pendidikan Rendah), seseorang pelajar perlu menyempurnakan 133 kredit berasaskan struktur yang berikut:

Semester 1 (Tahun 1)

SEMESTER 1

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

English Language Proficency

MPU3022

2

2

Asas Pendidikan

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

EDUP3013

3

3

Perkembangan Kanak- kanak

EDUP3023

3

4

Bidang Teras

Fisiologi dan Epidemiologi

SCES3013

3

5

Kimia Bukan Organik

SCES3023

3

6

Elektif Teras

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

7

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

JUMLAH

20


SEMESTER 2

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

Kokurikulum – Pengurusan Kokurikulum

MPU3031

1

2

Kokurikulum – Permainan

MPU3041

1

3

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

MPU3052

2

4

Asas Pendidikan

Murid dan Pembelajaran

EDUP3033

3

5

Bidang Teras

Bumi dan Angkasa Lepas

SCES3033

3

6

Kepelbagaian Biologi

SCES3043

3

7

Seni dalam Pendidikan

SCES3052

2

8

Amalan Profesional

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) (Asas Pendidikan)

9

Elektif Teras

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

10

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

JUMLAH

21

Semester 1 (Tahun 2)

SEMESTER 3

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

Kokurikulum – Unit Beruniform

MPU3062

2

2

Asas Pendidikan

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

EDUP3043

3

3

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

EDUP3053

3

4

Bidang Teras

Pengajian Kurikulum Sains Sekolah Rendah

SCES3063

3

5

Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains

SCES3073

3


6

Amalan Profesional

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) (Teras)

7

Elektif Teras

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

8

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX3

3

JUMLAH

20

Semester 2 (Tahun 2)

SEMESTER 4

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

Kokurikulum – Olahraga

MPU3071

1

2

Kokurikulum – Persatuan

MPU3081

1

3

Pendidikan Islam/

Pengenalan kepada Pendidikan Moral

MPU3092

MPU3102

2

4

Asas Pendidikan

Pentaksiran dalam Pendidikan

EDUP3063

3

5

Budaya dan Pembelajaran

EDUP3073

3

6

Bidang Teras

Mekanik dan Termodinamik

SCES3083

3

7

Pengajaran Sains Abad 21

SCES3093

3

8

Amalan Profesional

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

PRKA3012

2

9

Pengalaman Berasaskan Sekolah (Elektif Teras)

10

Elektif Teras

Rujuk Lampiran 1

PQRS3XX2

2

JUMLAH

20


Semester 1 (Tahun 3)

SEMESTER 5

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

Bina Insan Guru

MPU3112

2

2

Amalan Profesional

Praktikum 1

PRKA3026

6

3

Elektif Terbuka

Rujuk Lampiran 2

YYYY3013

3

JUMLAH

11

Semester 2 (Tahun 3)

SEMESTER 6

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

MPU

Hubungan Etnik

MPU3122

2

2

Bidang Teras

Biologi Persekitaran

SCES3103

3

3

Gelombang, Optik dan Keelektrikan

SCES3113

3

4

Kimia Organik

SCES3123

3

5

Pendidikan Inklusif

SCES3132

2

6

Asas Penyelidikan dalam Pendidikan

SCES3143

3

7

Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

SCES3152

2

JUMLAH

18

Semester 1 (Tahun 4)

SEMESTER 7

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

Amalan Profesional

Praktikum 2

PRKA3036

6

2

Elektif Terbuka

Rujuk Lampiran 2

YYYY3013

3

JUMLAH

9


Semester 2 (Tahun 4)

SEMESTER 8

BIL.

KOMPONEN

KURSUS

KOD

KREDIT

1

Asas Pendidikan

Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru

EDUP3083

3

2

Bidang Teras

Kimia Fizikal

SCES3163

3

Penyelidikan dalam Pendidikan – Kertas Projek

SCES3173

3

3

Amalan Profesional

Internship

PRKA3042

2

4

Elektif Terbuka

Rujuk Lampiran 2

YYYY3013

3

JUMLAH

14

SINOPSIS KURSUS IPG

MPU3022

English Language Proficiency

2 Kredit

This course focuses on the English grammar; parts of speech/word classes, tenses, mood, sentence types, listening and speaking skills, reading skills, paragraph writing and writing various types of texts.

MPU3031

Kokurikulum Pengurusan Kokurikulum

1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi dan kepentingan pengurusan kokurikulum. Kursus ini juga memberi fokus kepada pengurusan dan pentadbiran kokurikulum, pengurusan mesyuarat, sistem fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti dan pelaporan serta majlis rasmi.

MPU3041

Kokurikulum Permainan

1 Kredit

Kursus ini menjelaskan kemahiran asas permainan sukan. Kursus ini juga memberi fokus kepada asas kejurulatihan dan kepegawaian dalam permainan.


MPU3052

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

2 Kredit

Kursus ini memfokuskan pengenalan ilmu ketamadunan, konsep asas Tamadun Islam, interaksi antara pelbagai tamadun, Islam dalam Tamadun Melayu, tokoh-tokoh Tamadun Islam dan Asia, interaksi Tamadun Asia dan relevansinya di Malaysia. Isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat dan hubungannya dengan proses pembangunan negara.

MPU3062

Kokurikulum Unit Beruniform

2 Kredit

Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan unit beruniform dari segi pengurusan dan pentadbiran perkhemahan, sejarah Unit Beruniform, struktur organisasi dan perlembagaan pertubuhan. Kursus ini juga memberi fokus kepada orientasi kurikulum sekolah rendah, asas pertolongan cemas dan kawad kaki. Pada akhir kursus pelajar dinilai melalui amali Perkhemahan Unit Beruniform

MPU3071

Kokurikulum Olahraga

1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan olahraga iaitu acara balapan dan padang. Kursus ini juga memberi fokus kepada rancangan latihan kemahiran asas bagi acara balapan dan padang serta ujian amali kemahiran asas olahraga dan pengelolaan aktiviti-aktiviti olahraga.

MPU3081

Kokurikulum Persatuan

1 Kredit

Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi dan kepentingan persatuan. Kursus ini juga mewajibkan pelajar menjalankan satu kajian kes berkaitan persatuan atau pertubuhan.

MPU3092

Pendidikan Islam

2 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada pengertian, ciri-ciri khusus dan sistem-sistem dalam Islam.

MPU3102

Pengenalan kepada Pendidikan Moral

2 Kredit

Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara umum tentang pengenalan konsep moral, konsep asas nilai, pembentukan individu bermoral dan amalan nilai murni melalui projek kemasyarakatan.

MPU3112

Bina Insan Guru

2 Kredit

Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan. Kursus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual.


MPU3122

Hubungan Etnik

2 Kredit

Kursus ini memfokuskan pembinaan negara bangsa, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, hubungan etnik dari perspektif pembangunan ekonomi, politik dan kepelbagaian agama, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, dan usaha serta cabaran pemupukan integrasi nasional.

SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN

EDUP3013

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

3 Kredit

Kursus ini membincangkan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia; pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan pendidikan serta cabang- cabang falsafah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); Falsafah Pendidikan Guru (FPG); konsep kurikulum dalam pendidikan, model dan pelaksanaan kurikulum sekolah serta isu-isu dalam pendidikan.

EDUP3023

Perkembangan Kanak-Kanak

3 Kredit

Kursus ini merangkumi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan dan teori-teori yang berkaitan; implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.

EDUP3033

Murid dan Pembelajaran

3 Kredit

Kursus ini merangkumi konsep pengajaran dan pembelajaran; proses pembelajaran; perbezaan individu; teori-teori pembelajaran; model, pendekatan dan strategi pengajaran; kaedah dan teknik pengajaran dalam abad ke-21; dan motivasi dalam pembelajaran.

EDUP3043

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

3 Kredit

Kursus ini merangkumi pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah aliran perdana dan inklusif; membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah; model- model pengurusan disiplin; pengurusan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah; intervensi menangani tingkah laku bermasalah dan membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif.


EDUP3053

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

3 Kredit

Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.

EDUP3063

Pentaksiran dalam Pendidikan

3 Kredit

Kursus ini membincangkan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran; tujuan pentaksiran; prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; merungkai standard dan penjajaran konstruktif; pentaksiran berasaskan sekolah; rekabentuk dan pembinaan ujian; penskoran dan penggredan; analisis item; pelaporan dan interpretasi serta isu-isu berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah rendah di Malaysia.

EDUP3073

Budaya dan Pembelajaran

3 Kredit

Kursus ini membincangkan konsep budaya; aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia; pengurusan bilik darjah mesra budaya; integrasi nasional; kemahiran berkomunikasi dan guru sebagai agen mesra budaya.

EDUP3083

Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme

3 Kredit

Kursus ini membincangkan konsep mengajar sebagai satu profesion; cabaran semasa dalam sistem pendidikan; perundangan berkaitan guru dan pendidikan; kualiti guru; peringkat perkembangan guru, pembangunan kemahiran profesional guru, kepemimpinan guru; struktur organisasi pendidikan; dan inovasi dan perubahan pendidikan.

SINOPSIS KURSUS TERAS

SCES3013

Fisiologi dan Epidemiologi

3 Kredit

Kursus ini memperihalkan molekul-molekul organik serta fungsinya dalam sel hidup. Proses-proses fisiologi dalam haiwan dan tumbuhan dihuraikan dan dikaitkan dengan epidemiologi pada manusia. Pada akhir kursus pelajar dapat mencadangkan penyelesaian kepada masalah epidemiologi melalui amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.


SCES3023

Kimia Bukan Organik

3 Kredit

Kursus ini merangkumi beberapa topik kimia bukan organik iaitu berkaitan sifat fizik dan kimia unsur Kumpulan 1, Kumpulan 2, Kumpulan 13 hingga Kumpulan 18 dan unsur peralihan dalam Jadual Berkala serta kegunaan logam dan bahan moden dalam kehidupan seharian.

SCES3033

Bumi dan Angkasa Lepas

3 Kredit

Kursus ini membincangkan tentang Bumi dan angkasa lepas. Ia meliputi struktur, asal usul dan sistem-sistem utama Bumi dan juga sejarah perkembangan astronomi, sistem suria, objek-objek dan fenomena samawi, dan penerokaan angkasa lepas.

SCES3043

Kepelbagaian Biologi

3 Kredit

Kursus ini menawarkan ilmu pengetahuan tentang sejarah dan kepentingan taksonomi yang boleh diaplikasi untuk mengkaji kepelbagaian biologi. Variasi genetik dianalisis dan faktor atas variasi genetik yang mencabar kemandirian spesis dikaji. Kursus ini juga meliputi isu-isu berkaitan teknologi genetik dan penggunaannya secara beretika dalam penambahbaikan kualiti benda hidup.

SCES3052

Seni dalam Pendidikan

2 Kredit

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanak-kanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan, pengendalian aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman, dan ekspresi melalui seni serta aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran.

SCES3063

Pengajian Kurikulum Sains Sekolah Rendah

3 Kredit

Kursus ini membincangkan perkembangan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia, khususnya KBSR dan KSSR. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains yang merangkumi aplikasi teori-teori pembelajaran dan strategi yang sesuai juga didedahkan. Kemahiran khusus tentang penyediaan RPH bagi mata pelajaran sains juga dibincangkan.

SCES3073

Kemahiran Saintifik dan Pengurusan Makmal Sains

3 Kredit

Kursus ini membincangkan kemahiran proses sains asas dan bersepadu dan juga kemahiran manipulatif. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pengurusan makmal sains dari segi organisasi, peraturan dan keselamatan makmal serta keselamatan dalam mengendalikan alat radas, bahan kimia dan spesimen. Kursus ini juga membincangkan kemahiran dalam menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran sains untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran sains.


SCES3083

Mekanik dan Termodinamik

3 Kredit

Kursus ini meliputi pelbagai topik mekanik iaitu daya, gerakan, kerja, tenaga, momentum, dan bendalir. Kursus ini juga membincangkan topik-topik termodinamik seperti suhu, haba dan hukum-hukum Termodinamik.

SCES3093

Pengajaran Sains Abad Ke 21

3 Kredit

Kursus ini mengenal pasti mengenai isu-isu dalam pendidikan sains rendah. Kursus ini melatih pelajar dalam membina dan menganalisis item ujian bercirikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, kemahiran pedagogi sains abad ke 21 dalam pengajaran dan pembelajaran sains juga ditekankan.

SCES3103

Biologi Persekitaran

3 Kredit

Kursus ini membincangkan mengenai konsep, fungsi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelbagai ekosistem. Kursus ini juga memberi pendedahan bagi menggunakan prinsip ekologi, trenda populasi dan kemahiran saintifik dalam pemuliharaan alam sekitar. Oleh itu, nilai-nilai murni diterapkan dalam memberi kesedaran tentang pemuliharaan biologi (in-situ dan ex-situ), pemuliharaan ekosistem, kemapanan sumber, ancaman dan strategi kelestarian.

SCES3113

Gelombang, Optik dan Keelektrikan

3 Kredit

Kursus ini membincangkan konsep gelombang, optik, dan keelektrikan serta aplikasinya dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai proses pembelajaran seperti perbincangan, pembelajaran berasaskan projek, pembentangan dan kerja amali.

SCES3123

Kimia Organik

3 Kredit

Kursus ini merangkumi pelbagai topik tentang sebatian organik termasuk sebatian alifatik iaitu alkil halida, sebatian aromatik iaitu benzena dan terbitannya serta polimer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.

SCES3132

Pendidikan Inklusif

2 Kredit

Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.


SCES3143

Asas Penyelidikan dalam Pendidikan

3 Kredit

Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang asas penyelidikan dalam pendidikan. Dalam kursus ini, pelajar dapat menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan.

SCES3152

Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2 Kredit

Melalui kursus ini, pelajar mampu menjelaskan konsep dan proses inovasi; menjana idea dalam menghasilkan projek inovasi; menyedia, membangun dan melaksanakan projek inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran; melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi serta menilai projek inovasi.

SCES3163

Kimia Fizikal

3 Kredit

Kursus ini merangkumi pelbagai topik kimia fizikal termasuk konsep tenaga, perubahan tenaga dalam termokimia, elektrokimia, kimia nuklear dan kegunaannya dalam kehidupan seharian.

SCES3173

Penyelidikan dalam Pendidikan Kertas Projek

3 Kredit

Kursus ini memberi kemahiran penyelidikan yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan, penulisan laporan, pembentangan kertas penyelidikan, dan menghasilkan artikel penyelidikan dalam pendidikan di institusi pendidikan.

SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL

PRKA3012

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

2 Kredit

Kursus ini memfokuskan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran; pengajaran mikro; pengajaran makro; profesionalisme guru dan komuniti pembelajaran profesional.

PRKA3026

Praktikum Fasa 1

6 Kredit

Kursus ini membolehkan pelajar menguasai dan berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menulis refleksi; membuat persediaan RPH dan BBM; mentaksir prestasi pembelajaran murid secara formatif dan sumatif dalam mata pelajaran yang diajar; menjalankan aktiviti kokurikulum/ peranan-peranan lain; menyediakan portfolio.


PRKA3036

Praktikum Fasa 2

6 Kredit

Kursus ini membolehkan pelajar mengukuh dan memantapkan penguasaan dan berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menulis refleksi; membuat persediaan RPH dan BBM; mentaksir prestasi pembelajaran murid secara formatif dan sumatif dalam mata pelajaran yang diajar; menjalankan aktiviti kokurikulum/ peranan-peranan lain; menyediakan portfolio yang berkonsepkan e-Portfolio.

PRKA3042

Internship

2 Kredit

Kursus ini merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai projek/aktiviti sekolah dengan seliaan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, jati diri, membentuk sifat kepemimpinan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.