PISMP MATEMATIK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) MATEMATIK

PENGENALAN

Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah. Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah yang terlatih, dinamik, berwibawa dan kompeten dalam melaksanakan tugas-tugas mereka sebagai pendidik dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PLO)

PLO adalah pernyataan yang menjelaskan hasil pendidikan yang perlu dicapai oleh setiap pelajar setelah melengkapkan semua kursus yang ditawarkan dalam kurikulum sesebuah program akademik. Program ini mempunyai sembilan (9) PLO yang merangkumi sembilan (9) domain hasil pembelajaran KPM.

PLO 1

Menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan dengan teori dan prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Matematik.

PLO 2

Mempamerkan kemahiran praktik untuk menyelesaikan masalah dalam bidang Matematik bagi membina pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar.

PLO 3

Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik, dan pemikiran kreatif dalam bidang keguruan.

PLO 4

Mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bekerjasama secara efektif dengan pelbagai pihak dalam konteks global, ekonomi, persekitaran dan komuniti.

PLO 5

Mempunyai keupayaan dan kesungguhan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai satu pasukan.

PLO 6

Mempunyai kebolehan mengurus maklumat dan mempunyai jangkaan tentang keperluan dan kapasiti untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

PLO 7

Mempamerkan kemahiran pengurusan dan keusahawanan serta bertindak balas kepada keperluan perubahan semasa.

PLO 8

Mengamalkan nilai profesionalisme, sikap dan etika dalam profesion keguruan.

PLO 9

Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan dan keterampilan sebagai agen perubahan dalam bidang keguruan.

AGIHAN KESELURUHAN KURSUS MENGIKUT KOMPONEN

Agihan kursus mengikut komponen semester adalah seperti yang berikut:

KOMPONEN KURSUS KREDIT SEMESTER/TAHUN

Kursus IPG

(16 Kredit)

1
English Language Proficency
2
 Semester 1/Tahun 1
2
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
2
Semester 2/Tahun 1
3
Kokurikulum
6
 Semester 2/Tahun 1 Semester 1/Tahun 2
4
Pendidikan Islam/ Pengenalan kepada Pendidikan Moral
2
 Semester 2/Tahun 2
5
Bina Insan Guru (BIG)
2
 Semester 1/Tahun 3
6
Hubungan Etnik
2
  Semester 2/Tahun 3

Kursus Asas Pendidikan

(24 Kredit)

1
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
3
Semester 1/Tahun 1
2
Perkembangan Kanak-kanak
3
 Semester 1/Tahun 1
3
Murid dan Pembelajaran
3
 Semester 2/Tahun 1
4
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
3
 Semester 1/Tahun 2
5
Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
3
 Semester 1/Tahun 2
6
Pentaksiran dalam Pendidikan
3
 Semester 2/Tahun 2
7
Budaya dan Pembelajaran
3
 Semester 2/Tahun 2
8
Asas Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme Guru
3
 Semester 2/Tahun 4

Kursus Teras

(48 Kredit)

1
Nombor dan Struktur Nombor
3
 Semester 1/Tahun 1
2
Penaakulan Matematik
3
 Semester 1/Tahun 1
3
Geometri
3
 Semester 2/Tahun 1
4
Matematik Kewangan
3
 Semester 2/Tahun 1
5
Seni dalam Pendidikan
2
 Semester 2/Tahun 1
6
Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah
3
 Semester 1/Tahun 2
7
Pengajaran Nombor dan Operasi
3
 Semester 1/Tahun 2
8
Kalkulus
3
 Semester 2/Tahun 2
9
Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data
3
 Semester 2/Tahun 2
10
Algebra Linear
3
 Semester 2/Tahun 3
11
Matematik Keputusan
3
 Semester 2/Tahun 3
12
Statistik
3
 Semester 2/Tahun 3
13
Pendidikan Inklusif
2
Semester 2/Tahun 3
14
Asas Penyelidikan dalam Pendidikan
3
 Semester 2/Tahun 3
15
Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2
 Semester 2/Tahun 3
16
Pemodelan Matematik
3
 Semester 2/Tahun 4
17
Penyelidikan dalam Pendidikan – Kertas Projek
3
 Semester 2/Tahun 4

Kursus Amalan Profesional

(16 Kredit)

1
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
2
 Semester 2/Tahun 2
2
Praktikum 1
6
  Semester 1/Tahun 3
3
Praktikum 2
6
 Semester 1/Tahun 4
4
Internship
2
 Semester 2/Tahun 4
5
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)* *Tugasan PBS dijalankan selama 3 minggu dan disandarkan dengan kursus Teras, kursus Asas Pendidikan, dan Elektif Teras.
Semester 2/Tahun 1 Semester 1/Tahun 2 Semester 2/Tahun 2

Kursus Elektif Teras

(20 Kredit)

1
Pilihan
3
 Semester 1/Tahun 1
2
Pilihan
3
 Semester 1/Tahun 1
3
Pilihan
3
 Semester 2/Tahun 1
4
Pilihan
3
 Semester 2/Tahun 1
5
Pilihan
3
 Semester 1/Tahun 2
6
Pilihan
3
Semester 1/Tahun 2
7
Pilihan
2
 Semester 2/Tahun 2
Kursus Elektif Terbuka (9 Kredit)
1
Pilihan
3
  Semester 1/Tahun 3
2
Pilihan
3
 Semester 1/Tahun 4
3
Pilihan
3
 Semester 2/Tahun 4
JUMLAH
133

SINOPSIS KURSUS IPG

   
MPU3022

English Language Proficiency

2 Kredit
This course focuses on the English grammar; parts of speech/word classes, tenses, mood, sentence types, listening and speaking skills, reading skills, paragraph writing and writing various types of texts.
MPU3031

Kokurikulum – Pengurusan Kokurikulum

1 Kredit
Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi dan kepentingan pengurusan kokurikulum. Kursus ini juga memberi fokus kepada pengurusan dan pentadbiran kokurikulum, pengurusan mesyuarat, sistem fail dan surat menyurat, pengelolaan aktiviti dan pelaporan serta majlis rasmi.
MPU3041

Kokurikulum – Permainan

1 Kredit
Kursus ini menjelaskan kemahiran asas permainan sukan. Kursus ini juga memberi fokus kepada asas kejurulatihan dan kepegawaian dalam permainan.
MPU3052
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
2 Kredit
Kursus ini memfokuskan pengenalan ilmu ketamadunan, konsep asas Tamadun Islam, interaksi antara pelbagai tamadun, Islam dalam Tamadun Melayu, tokoh-tokoh Tamadun Islam dan Asia, interaksi Tamadun Asia dan relevansinya di Malaysia. Isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Barat dan hubungannya dengan proses pembangunan negara.
MPU3062
Kokurikulum – Unit Beruniform
2 Kredit
Kursus ini menjelaskan konsep dan kepentingan unit beruniform dari segi pengurusan dan pentadbiran perkhemahan, sejarah Unit Beruniform, struktur organisasi dan perlembagaan pertubuhan. Kursus ini juga memberi fokus kepada orientasi kurikulum sekolah rendah, asas pertolongan cemas dan kawad kaki. Pada akhir kursus pelajar dinilai melalui amali Perkhemahan Unit Beruniform.
MPU3071
Kokurikulum – Olahraga
1 Kredit
Kursus ini menjelaskan pengenalan olahraga iaitu acara balapan dan padang. Kursus ini juga memberi fokus kepada rancangan latihan kemahiran asas bagi acara balapan dan padang serta ujian amali kemahiran asas olahraga dan pengelolaan aktiviti-aktiviti olahraga.
MPU3081
Kokurikulum – Persatuan
1 Kredit
Kursus ini menjelaskan pengenalan, definisi dan kepentingan persatuan. Kursus ini juga mewajibkan pelajar menjalankan satu kajian kes berkaitan persatuan atau pertubuhan.
MPU3092
Pendidikan Islam
2 Kredit
Kursus ini memfokuskan kepada pengertian, ciri-ciri khusus dan sistem-sistem dalam Islam.
MPU3102
Pengenalan kepada Pendidikan Moral
2 Kredit
Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara umum tentang pengenalan konsep moral, konsep asas nilai, pembentukan individu bermoral dan amalan nilai murni melalui projek kemasyarakatan.
MPU3112
Bina Insan Guru
2 Kredit
Kursus ini bertujuan untuk melahirkan bakal guru yang berpengetahuan, proaktif, berdaya tahan, berdaya saing dan mempunyai nilai dan sikap profesionalisme yang bersesuaian dengan nilai-nilai tempatan. Kursus ini memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, kepemimpinan, kerja berpasukan dan kemahiran sosial melalui pengalaman yang autentik, holistik dan kontekstual.
MPU3122
Hubungan Etnik
2 Kredit
Kursus ini memfokuskan pembinaan negara bangsa, konsep-konsep asas hubungan etnik, masyarakat pluralistik Alam Melayu, hubungan etnik dari perspektif pembangunan ekonomi, politik dan kepelbagaian agama, perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, dan usaha serta cabaran pemupukan integrasi nasional.

SINOPSIS KURSUS ASAS PENDIDIKAN

EDUP3013
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
3 Kredit
Kursus ini membincangkan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia; pandangan ahli falsafah Islam, Barat dan Timur terhadap ilmu dan pendidikan serta cabang- cabang falsafah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK); Falsafah Pendidikan Guru (FPG); konsep kurikulum dalam pendidikan, model dan pelaksanaan kurikulum sekolah serta isu-isu dalam pendidikan.
EDUP3023

Perkembangan Kanak-Kanak

3 Kredit
Kursus ini merangkumi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangannya; prinsip-prinsip asas perkembangan; peringkat-peringkat perkembangan dan teori-teori yang berkaitan; implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran serta ciri-ciri kanak-kanak berkeperluan khas.
EDUP3033

Murid dan Pembelajaran

3 Kredit
Kursus ini merangkumi konsep pengajaran dan pembelajaran; proses pembelajaran; perbezaan individu; teori-teori pembelajaran; model, pendekatan dan strategi pengajaran; kaedah dan teknik pengajaran dalam abad ke-21; dan motivasi dalam pembelajaran.
EDUP3043

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku

3 Kredit
Kursus ini merangkumi pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid sekolah rendah; peranan guru dalam mengurus bilik darjah aliran perdana dan inklusif; membina hubungan yang positif di dalam bilik darjah; model- model pengurusan disiplin; pengurusan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah; intervensi menangani tingkah laku bermasalah dan membina pelan pengurusan bilik darjah yang efektif.
EDUP3053

Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran

3 Kredit
Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.
EDUP3063

Pentaksiran dalam Pendidikan

3 Kredit
Kursus ini membincangkan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran; tujuan pentaksiran; prinsip pentaksiran; jenis alat pentaksiran; merungkai standard dan penjajaran konstruktif; pentaksiran berasaskan sekolah; rekabentuk dan pembinaan ujian; penskoran dan penggredan; analisis item; pelaporan dan interpretasi serta isu-isu berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah rendah di Malaysia.
EDUP3073

Budaya dan Pembelajaran

3 Kredit
Kursus ini membincangkan konsep budaya; aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia; pengurusan bilik darjah mesra budaya; integrasi nasional; kemahiran berkomunikasi dan guru sebagai agen mesra budaya.
EDUP3083

Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme

3 Kredit
Kursus ini membincangkan konsep mengajar sebagai satu profesion; cabaran semasa dalam sistem pendidikan; perundangan berkaitan guru dan pendidikan; kualiti guru; peringkat perkembangan guru, pembangunan kemahiran profesional guru, kepemimpinan guru; struktur organisasi pendidikan; dan inovasi dan perubahan pendidikan.

SINOPSIS KURSUS TERAS

MTES3013

Nombor dan Struktur Nombor

3 Kredit
Kursus ini merangkum sistem angka, asas nombor; nombor perdana dan nombor gubahan; pola nombor; nombor modular dan petak ajaib; nombor nisbah dan nombor bukan nisbah.
MTES3023

Penaakulan Matematik

3 Kredit
Kursus ini merangkum menaakul secara matematik; penyelesaian masalah matematik; aplikasi penaakulan dalam Nombor dan Operasi; aplikasi penaakulan dalam Sukatan dan Geometry serta aplikasi penaakulan dalam Statistik.
MTES3033

Geometri

3 Kredit
Kursus ini merangkum teselasi satah; transformasi dan simetri satah; pepejal sekata dan separa sekata serta kejuruteraan kertas.
MTES3043

Matematik Kewangan

3 Kredit
Kursus ini merangkum pengetahuan tentang kewangan yang meliputi topik teknik asas pengiraan dalam matematik kewangan, wang dan nilai masa, pelbagai jenis anuiti, pelunasan pinjaman, dana terikat dan aliran tunai.
MTES3052

Seni dalam Pendidikan

2 Kredit
Kursus ini memberi pendedahan mengenai pengenalan Seni dalam Pendidikan, kanak-kanak, deria dan seni, pelaksanaan aktiviti mengenal irama, warna, dan ruang, pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan, pengendalian aktiviti meneroka, memperoleh pengalaman, dan ekspresi melalui seni serta aplikasi dan pengurusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran.
MTES3063

Pengajian Kurikulum Matematik Sekolah Rendah

3 Kredit
Kursus ini merangkum tabii matematik, sejarah perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia, pengajian kurikulum Matematik serta trenda dan isu dalam kurikulum Matematik.
MTES3073

Pengajaran Nombor dan Operasi

3 Kredit
Kursus ini merangkum pembelajaran matematik berkesan, pengajaran Nombor dan Operasi, Pecahan serta Perpuluhan, pengajaran Nisbah, Kadaran dan Peratus, pengajaran Wang dan pengajaran masalah bercerita.
MTES3083

Kalkulus

3 Kredit
Kursus ini merangkum had dan keselanjaran, terbitan separa, fungsi eksponen dan fungsi logaritma serta persamaan pembezaan.
MTES3093

Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data

3 Kredit
Kursus ini merangkum pembelajaran matematik abad ke-21; pengajaran sukatan (ukuran panjang; jisim dan isi padu cecair); pengajaran masa dan waktu; pengajaran geometri (ruang) dan pengajaran pengurusan data.
MTES3103
Algebra Linear
3 Kredit
Kursus ini merangkum sistem persamaan linear; algebra matriks; ruang vector; transformasi linear dan nilai eigen serta vektor eigen.
MTES3113
Matematik Keputusan
3 Kredit
Kursus ini merangkumi algoritma, graf dan rangkaian, analisis laluan kritikal, dan pengaturcaraan linear.
MTES3123
Statistik
3 Kredit
Kursus ini merangkum pensampelan dan taburan pensampelan, penganggaran, ujian hipotesis, analisis varians satu hala (ANOVA), ujian tidak berparameter dan regresi linear mudah.
MTES3132
Pendidikan Inklusif
2 Kredit
Kursus ini merangkumi sejarah, matlamat, dasar; pendekatan dan pelaksanaan pendidikan inklusif; dan peranan pihak berkepentingan dalam pelaksanaan pendidikan inklusif. Kursus ini juga menekankan tentang konsep dan pelaksanaan pedagogi inklusif; dan membincangkan faktor kritikal kejayaan dan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan inklusif.
MTES3143
Asas Penyelidikan dalam Pendidikan
3 Kredit
Kursus ini memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang asas penyelidikan dalam pendidikan. Dalam kursus ini, pelajar dapat menganalisis isu-isu dalam pendidikan yang boleh dikaji melalui penyelidikan dan membincangkan proses penyelidikan dalam pendidikan. Di samping itu, melalui kursus ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan segala pengetahuan yang diperolehi melalui penghasilan satu kertas cadangan penyelidikan dalam pendidikan.
MTES3152
Inovasi Digital dalam Pengajaran dan Pembelajaran
2 Kredit
Melalui kursus ini, pelajar mampu menjelaskan konsep dan proses inovasi; menjana idea dalam menghasilkan projek inovasi; menyedia, membangun dan melaksanakan projek inovasi untuk pengajaran dan pembelajaran; melaksanakan promosi dan pemasaran inovasi serta menilai projek inovasi.
MTES3163
Pemodelan Matematik
3 Kredit
Kursus ini merangkum pemodelan matematik; aplikasi model matematik dalam kriptografi; aplikasi model matematik dalam biologi dan ekonomi serta proses dan alat pemodelan matematik.
MTES3173
Penyelidikan dalam Pendidikan – Kertas Projek
3 Kredit
Kursus ini memberi kemahiran penyelidikan yang melibatkan pelaksanaan penyelidikan, penulisan laporan, pembentangan kertas penyelidikan, dan menghasilkan artikel penyelidikan dalam pendidikan di institusi pendidikan.

SINOPSIS KURSUS AMALAN PROFESIONAL

PRKA3012
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
2 Kredit
Kursus ini memfokuskan kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran; pengajaran mikro; pengajaran makro; profesionalisme guru dan komuniti pembelajaran profesional.
PRKA3026
Praktikum Fasa 1
6 Kredit
Kursus ini membolehkan pelajar menguasai dan berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menulis refleksi; membuat persediaan RPH dan BBM; mentaksir prestasi pembelajaran murid secara formatif dan sumatif dalam mata pelajaran yang diajar; menjalankan aktiviti kokurikulum/ peranan-peranan lain; menyediakan portfolio.
PRKA3036
Praktikum Fasa 2
6 Kredit
Kursus ini membolehkan pelajar mengukuh dan memantapkan penguasaan dan berkemahiran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta menulis refleksi; membuat persediaan RPH dan BBM; mentaksir prestasi pembelajaran murid secara formatif dan sumatif dalam mata pelajaran yang diajar; menjalankan aktiviti kokurikulum/ peranan-peranan lain; menyediakan portfolio yang berkonsepkan e-Portfolio.
PRKA3042
Internship
2 Kredit
Kursus ini merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan tugas guru permulaan. Pelajar merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai projek/aktiviti sekolah dengan seliaan mentor. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan, jati diri, membentuk sifat kepemimpinan ke arah pembentukan guru permulaan yang berkesan.